Rabu, 12 Mei 2010

Too phat history




Too Phat merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terdiri daripada dua orang anggota bernama Malique dan Joe Flizzow. Mereka membawakan genre hip-hop yang menerapkan identiti bersifat keMalaysiaan dan keAsiaan.
sejarah

Too Phat ditubuhkan oleh Malique dan Joe pada tahun 1990. Syarikat rakaman yang pertama mereka sertai ialah Positive Tone dan telah merakamkan album Whuttadilly dibawah syarikat tersebut. Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti Too Phat Baby menerima sambutan hangat peminat muzik Malaysia.
Plan B
Album ke-2 mereka, Plan B yang merangkumi lagu Anak Ayam dan Ala Canggung berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 keping album tersebut. Lama-kelamaan ramai lagi artis hip-hop turut menyertai perjuangan mereka dalam misi yang sama dan membentuk kesatuan Phat Family.
360°
Too Phat terus menghasilkan satu lagi album yang tertumpu kepada lagu Inggeris, 360° yang menampilkan hasil kerjasama dengan artis hip-hop antarabangsa. Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 salinan dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.
Setelah keluarnya album kompilasi the Classics, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique berpisah dengan Joe untuk mengambil masa berehat dari kerjanya. Apabila Last Song yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.
Rebirth Into Reality
Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel, di mana mereka menghasilkan album baru, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat. Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis hip-hop terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, diikuti penampilan dari Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.

Album
1.Whuttadilly (1999)
2.Plan B
3.360°
4.Too Phat: the Classics (2005, kompilasi)
5.Rebirth Into Reality (2005)

Single
1.Li'l Fingaz
2.Too Phat Baby
3.Jezzebelle
4.Anak Ayam
5.Tell Shorty (menampilkan Ruffedge & V.E.)
6.Just A Friend (menampilkan V.E.)
7.Ala Canggung (menampilkan Lil' Marissa)
8.Where My Love At
9.Just A Li'l Bit (menampilkan Warren G)
10.Alhamdulilah (menampilkan Yasin)
11.Dua Dunia (menampilkan Siti Nurhaliza)
12.Snap
13.How Me Seksi (menampilkan Inul Daratista)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar